Setinggi 27 Tingkat & Paling Mahal Di Dunia, Ini Gambar RUMAH SUPER LUXURIOUS!

Seorang pengusaha peniagaan gergasi minyak dan gas, Reliance Industries daripada India, Mukesh Ambani, memiliki kekayaan bersih 45 billion US Dolar dan menduduki tangga ke-13 sebagai orang paling kaya di dunia! Bukan itu sahaja, Mukesh juga seorang lelaki yang bertuah kerana dikurniakan isteri yang sangat prihatin dan sanggup turun padang membantu orang kurang berkemampuan.

Pasangan paling kaya di dunia ini memiliki kediaman super luxurious yang juga dipercayai sebagai kediaman paling mahal dan terbesar di dunia yang terletak di selatan India, Mumbai.

Hartanah setinggi 27 tingkat yang mengagumkan itu menelan belanja RM 5.44 billion dan dinamakan Antilia sempena nama pulau mitos Laut Atlantik.

Antalia juga bukan sekadar rumah biasa kerana ia dilengkapi dengan 3 helipad, beberapa kolam renang, dewan, taman seluas tiga tingkat, tempat letak kenderaan enam tingkat,  dan memerlukan seramai 600 pekerja untuk menguruskan kediaman tersebut. Lebih mengagumkan, Antilia juga mampu menahan gegaran gempa bumi berskala 8 magnitud!

Cuba tengok gambar-gambar di bawah. Memang amazing! Tak dapat bayangkan bagaimana sebuah bangunan setinggi 27 tinggkat boleh dijadikan sebagai rumah yang hanya didiami 5 orang!

Juga terdapat bilik ais yang direka khas dan bersalji, dimana penghuni dan tetamu boleh menyejukkan badan daripada cuaca panas di Mumbai. Selain itu,terdapat juga spa dan salon.


tiga helipad atas bumbung

Antilia mula dibina pada tahun 2006 dan siap pada tahun 2010. Reka bentuk rumah ini telah dihasilkan oleh arkitek terkenal dunia Perkins & Will dan mempunyai jumlah keluasan 37,000 meter persegi!

Bahkan, ia juga mempunyai ballroom, dan 80% daripada syiling ballroom ini dilitupi oleh lampu gantung kristal.

Empat tingkat dikhaskan sebagai taman terbuka yang mempunyai atrium dan dihiasi dengan taman bunga dan rumput hijau serta dilengkapi kuil yang sangat besar.

Garajnya juga mampu memuatkan 168 buah kereta pada waktu yang sama!
Garaj kereta

sumber gambar: iluminasi.com

Kediaman 27 Tingkat Bernilai USD1 Bilion, NITA AMBANI Isteri Lelaki Terkaya Asia Berjiwa Penyayang!

Nita Ambani bukan hanya mendiami bangunan setinggi 27 tingkat yang dianggarkan menelan kos USD1 bilion bahkan kediaman yang dinamakan Antilia sempena nama pulau mitos Laut Atlantik yang terletak di Mumbai, India ini juga dikhabarkan antara hartanah termahal di dunia selepas Istana Buckingham.

Singgahsana mewah milik pasangan terkaya India, Mukesh Ambani dan Nita Ambani ini turut dilengkapi dengan beberapa kolam renang, dewan, taman seluas tiga tingkat, tempat letak kenderaan enam tingkat, tiga helipad dan memerlukan seramai 600 pekerja untuk menguruskan kediaman tersebut. Lebih mengagumkan, Antilia juga mampu menahan gegaran gempa bumi berskala 8 magnitud.


Antilia di sebelah kanan


Nita bersama anak perempuan, Isha Ambani

Kekayaan luar biasa keluarga Ambani kian menjadi bualan sejak berlangsungnya majlis perkahwinan anak perempuan mereka, Isha Ambani pada awal Disember lalu yang menelan belanja hampir USD15 juta dengan pewaris empayar hartanah dan pharmaseutikal ternama India, Anand Piramal. Isha merupakan kembar kepada Akash Ambani berusia 27 tahun dan kakak kepada Anant Ambani yang kini berumur 23 tahun.

Perkahwinan gilang-gemilang itu bukan hanya dihadiri selebriti terkemuka India seperti Shah Rukh Khan, Priyanka Chopra, Nick Jonas, Aisywarya Rai.. tetapi juga tokoh politik antarabangsa termasuk Hillary Clinton. Tidak cukup dengan itu, satu konsert khas turut diadakan yang menampilkan penyanyi terkenal dunia, Beyonce!


Di samping suami, Mukesh Ambani

Pernah mendapat gelaran ‘The first lady of Indian business’ dari Forbes pada 2016, Nita Ambani nyata bukan calang-calang wanita. Dia merupakan graduan Ekonomi yang kini bergelar pengerusi Reliance Foundation iaitu sebuah yayasan kebajikan yang membantu golongan dan kanak-kanak miskin dari segi kewangan dan pendidikan.

Selain itu, wanita berusia 55 tahun tersebut juga adalah pemilik kelab kriket India yang turut terlibat dalam urusan strategi pemasaran dan penjenamaan, Reliance Jio Infocomm.

Mengikuti laman media sosial Nita, ibu kepada tiga orang anak ini dilihat tidak kekok turun padang bertemu golongan susah dan menghulurkan sumbangan kepada mereka di samping membuat lawatan ke sekolah pedalaman untuk membantu para pelajar kurang bernasib baik.

Suaminya, Mukesh Ambani diiktiraf Bloomberg Billionaires Index sebagai Lelaki Terkaya Di Asia mengatasi pengasas Alibaba, Jack Ma pada Julai lalu dengan nilai kekayaan dianggarkan mencecah USD42.7 bilion.

Sumber: Business Insider / mediaohsem.com

Kredit: Instagram Nita Ambani


Apa Kata Anda?