Tekak rasa nak ‘lunch’ di Sabah, 5 sekeluarga beli tiket dan terus terbang – Viral

Abul Munzeer dan keluarganya membeli tiket penerbangan secara spontan hanya untuk menikmati makanan di Sabah.

 

TIADA istilah jauh bagi keluarga ini yang sanggup terbang beribu batu demi menikmati hidangan tengah hari di Negeri Bawah Bayu.

Situasi itu bukan sesuatu yang luar biasa buat mereka sekeluarga yang kini menetap di Tanjung Malim, Perak sering membuat perjalanan spontan ke pelbagai destinasi di dalam dan luar negara.

Anak bongsu dari lima adik-beradik, Abul Munzeer Mohamad Isa, 22, tular di laman sosial selepas memuat naik gambar lima tiket penerbangan ahli keluarganya ke laman Twitter pada Selasa.

Menerusi posting tersebut, Abul Munzeer berkata, dia, kakak dan ibunya berbincang tentang lokasi untuk makan tengah hari sebelum bersepakat untuk terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada hari yang sama.

Posting yang dimuat naik oleh Abul dan meraih perhatian netizen di Twitter.

“Keluarga kami memang biasa berbincang di mana nak makan lepas selesai tunaikan solat subuh berjemaah.

“Saya pun sahaja sebut Sabah, tiadalah spesifik nak makan apa. Kemudian mak dan kakak saya pun bersetuju je,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.

Selepas memuat naik gambar tersebut, terdapat pelayar Twitter yang mengaku tidak dapat mengaitkan posting berkenaan dengan dirinya kerana dia tidak mempunyai wang sebanyak itu untuk membeli tiket penerbangan secara spontan.

Bagaimanapun pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Persekitaran dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu menjelaskan, mereka sekeluarga membeli tiket kapal terbang pada harga rendah memandangkan abang iparnya merupakan jurutera di syarikat penerbangan tersebut.

Abul Munzeer bersama kakak, ibu dan dua anak saudaranya sebelum terbang ke KKIA.

“Kami ke Sabah guna tiket standby. Tiket ni boleh digunakan jika kapal terbang itu ada kekosongan.

“Tapi, kami tak sempat nak makan tengah hari kerana tiba di KKIA pun dah petang.

“Saya, ibu, kakak dan dua lagi anak saudara menikmati makan malam di Pasar Filipina dan pulang pada keesokan harinya,” ujar Abul Munzeer yang juga gemar bercuti secara solo dan spontan seperti ke Langkawi, Ipoh dan Singapura tanpa membuat perancangan awal.

Menurut pemuda itu, mereka berlima turut berkesempatan singgah di Kundasang dan Ranau dalam kunjungan tersebut.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : Mstar


Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*