Tunku Tun Aminah & Suami Lawat Keluarga Zaibo, Luangkan Masa Di Pus4ra

Semalam, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim berkenan melawat keluarga Allahyarham Zaibo atau nama sebenarnya, Zainal Ariffin Abd Hamid di Rengit, Batu Pahat yang meningg4l dunia pada 14 November lalu.

Tunku Tun Aminah bersama suami, Encik Dennis Muhammad Abdullah turut meluangkan masa melawat pusara Allahyarham Zaibo.

Allahyarham yang lebih dikenali sebagai Zaibo, merupakan pelakon veteran dan pelawak, meningg4l dunia pada usia 62 tahun akibat kans3r esofagus.

Terdahulu, keberangkatan tiba Tunku Tun Aminah bersama suami disambut oleh isteri arw4h, Siti Hawa Sawal.

Tunku Tun Aminah dan suami meluangkan masa hampir satu jam sebelum berangkat pulang.

Zaibo pernah membintangi sitkom Malaysia Spanar Jaya (1999 hingga 2005) serta filem-filem seperti Magika fantasi 2010 dan Awan Dania The Movie pada tahun 2013.

Juga terkenal kerana wataknya sebagai penjual mi rebus dalam sitkom dari Singapura iaitu Under One Roof pada tahun 1990, yang pertama kali disiarkan pada tahun 1995.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber & Foto: Facebook The Royal Johor via Gempak


Apa Kata Anda?