“Jangan biadap dengan Raja-raja Melayu…” – Anwar Ibrahim tidak setuju kritik Agong

Sejak semalam lagi, jadi sebuah perdebatan di laman-laman sosial mengenai status Yang di-Pertuan Agong. Ini berikutan daripada tindakan Datuk A Kadir Jasin yang dikatakan telah mempetikaikan hak dan keistimewaan YDPA, Sultan Muhammad V.

Di dalam sebuah artikel yang diterbitkan di dalam sebuah blog milik bekas ketua pengarang Kumpulan Akhbar NSTP itu, beliau telah mendakwa yang kerajaan telah memperuntukkan RM256.9 juta antara Januari hingga April tahun ini untuk YDPA.

Menurut Datuk A Kadir Jasin berkata, purata RM16 juta sebulan dibelanjakan antaranya ke atas penginapan, kediaman, barangan peribadi, pesawat, pengangkutan, pakaian Agong, hadiah dan cenderamata, kunjungan luar negara serta gaji kakitangan istana.

Susulan perkara itu, Ketua Umum Pakatan Harapan (Harapan), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meluahkan perasaan beliau dengan tindakan penulis veteran itu di dalam sebuah sidah media yang dibuat di Hotel One World semalam.

“Saya tidak menafikan hak seseorang menulis dan berbicara tetapi untuk menyerang dan menghina raja-raja dengan fakta dipertikai dan maksud untuk menimbulkan permasalahan dalam negara kurang wajar.”

“Kami sudah bekerja keras untuk dapatkan penghargaan daripada Raja-raja Melayu, untuk mengubah kerajaan yang sudah 60 tahun mentadbir, serta meluangkan banyak masa dengan Raja-raja Melayu.”

“Esok saya akan bertemu dengan Sultan Kedah, Terengganu dan Perak. Saya lakukan semua ini dengan hubungan yang saya ada untuk membantu kerajaan dan perdana menteri supaya ada peralihan yang aman.” 

Anwar berkata, pihaknya tanpa mendapat arahan mana-mana pihak berusaha keras memberi keyakinan kepada institusi raja bahawa Harapan  akan membela hak dan kedudukan Raja-Raja Melayu.

Kenyataan Kadir Jasin yang merupakan seorang ahli Jawatankuasa Pembaharuan Institusi di bawah Majlis Penasihat Kerajaan itu dikatakan susulan daripada pertemuan Ketua Umum PH itu dengan Sultan Johor dan Sultan Kelantan yang juga merangkap Yang di-Pertuan Agong bertujuan meyakinkan mereka mengenai komitmen PH untuk mempertahankan institusi raja.

“Saya tidak berani kata raja-raja tidak begitu yakin dengan kedudukan mereka sehingga mereka perlu diberikan jaminan dan ditenangkan,” tulis Kadir yang pernah mengetuai media utama kerajaan terdahulu, New Straits Times Press.

“Sebaliknya, saya rasa raja-raja yakin seperti sebelum ini. Mengapa tidak? Mereka dijamin oleh Perlembagaan, diberikan kemewahan, kaya dan Anwar pun mencium tangan mereka!”

Selain daripada itu, beliau turut menggelarkan tindakan Ketua Umum PH itu bertemu dengan Sultan dan Raja-raja Melayu seperti seorang komisar politik yang menurut beliau jawatan itu lebih berkuasa daripada satu batalion tentera di dalam sistem komunis.

Kadir berkata, walaupun penghapusan imuniti undang-undang dalam kapasiti peribadi mereka, raja masih dihormati, dengan sebuah mahkamah khas ditubuhkan untuk mendengar dakwaan salah laku kerabat diraja.

“Kesimpulannya, raja berperlembagaan kita tidak perlu takut jika mereka memahami kedudukan istimewa mereka dan menjalankan tanggungjawab mereka seperti diperuntukkan Perlembagaan.

“Rakyat harap mereka mewakili semua perkara baik dan suci.”

Sumber : FMT, Malaysiakini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady / Ohmymedia


Apa Kata Anda?