“Silaturahim yang indah…” – Anwar Ibrahim mengaji al-Quran & berbuka puasa bersama Tun M

Tatkala sibuk melaksanakan agenda reformasi untuk negara tercinta, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat meluangkan masa untuk berjumpa Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, semalam.

Terbaru, Ketua Umum PKR itu telah memuat naik sekeping gambar di laman Instagram miliknya berkongsi momen ketika berbuka puasa bersama pasangan tersebut. Turut kelihatan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Bersama Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah sebagai tetamu mereka selesai berbuka.

A post shared by Anwar Ibrahim (@anwaribrahim_my) on

“Bersama Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah sebagai tetamu mereka selesai berbuka,” katanya.

Perkongsian tersebut menerima lebih 28,000 tanda suka dan mendapat 547 komen yang rata-rata begitu positif ingin melihat semula hubungan baik dan utuh antara kedua-dua pemimpin itu bagi terus membina Malaysia baharu.

Memimpin negara lebih baik!

Muafakat membawa berkat…

Alhamdulillah, silaturahim terjalin!

Selain itu, sebuah video turut menjadi tular apabila kelihatan Anwar sedang mengaji al-Quran sambil diperhatikan oleh Ustaz Badrul Amin yang dimuat naik oleh penyokongnya @BebasAnwar di laman Twitter baru-baru ini.

VIDEO:

Masa di penjara, selalu imam solat…

 

Sejuk hati tengok…

Alhamdulillah, sempurna bacaan…

Sumber : Anwar Ibrahim , #AnwarBebas / Ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?